suria

Warga asing lakukan samun terancang di ATM

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan agar berhatihati ketika mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran automatik (ATM) berikutan kejadian samun terancang yang didalangi warga asing yang kerap dilaporkan berlaku di sekitar Kepong kebelakangan ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Zainuddin Ahmad berkata terbaru, seorang guru lelaki berumur 52 tahun disamun di sebuah ATM di Metro Prima Kepong di sini, 24 Oktober lepas.

"Ketika itu terdapat empat warga asing berada berdekatan ATM terbabit. Mangsa yang tidak mengesyaki apaapa terus mengeluarkan wang sambil dua lagi suspek beratur di belakangnya.

"Tibatiba ketika menunggu untuk mengambil kad dan wangnya, bahu mangsa ditepuk salah seorang suspek yang menunjukkan ada wang jatuh ke lantai. Mangsa kemudian mengutip wang berkenaan dan memberikan wang itu kepada suspek kerana wang itu bukan miliknya.

"Ketika inilah salah seorang suspek mengambil kad berkenaan (yang telah keluar selepas selesai transaksi) dan mangsa pula mengambil wang sebanyak RM1,000 yang telah dikeluarkannya dan beranggapan kadnya ditelan mesin," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zainuddin berkata dua hari selepas kejadian (26 Okt), ketika sedang cuba membuat pemindahan wang, mangsa terkejut apabila mendapati simpanan di dalam akaunnya kurang kira-kira RM3,132 dan mengesyaki disamun oleh warga asing berkenaan.

"Mangsa mendakwa selepas diberitahu pihak bank, terdapat pengeluaran wang dalam jumlah berkenaan sebanyak 12 kali dalam masa dua hari itu dipelbagai tempat di sekitar Kepong," katanya.

Satu laporan polis dibuat dan hasil siasatan awal, polis mendapati warga asing berkenaan mengambil kesempatan dengan modus operandi yang serupa bagi menjalankan samun terancang itu, katanya.

Beliau berkata ini termasuk sanggup berpurapura beratur walhal mereka sebenarnya sedang memerhati dan menghafal nombor pin kad mangsa sebelum menyamun.

Katanya kes seumpama ini turut dilaporkan berlaku di sekitar Taman Bukit Maluri.

"Hasil pemerhatian melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek berumur antara 30 dan 40 tahun. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain