Dari kiri: Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Lapangan Terbang Abu Dhabi, John Stent, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Pelancongan Abu Dhabi; Ahmed Hussein, Duta Malaysia Ke UAE, Datuk Yahaya Abdul Jabar,Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X Azran Osman Rani , ahli silap yang membuat persembahan Gaston Quieto; Pengerusi AirAsia X, Kalimullah Hassan, Pengarah AirAsia X Kamarudin Meranun. ABU DHABI: AirAsia sedang melihat kemungkinan untuk mewujudkan hab penerbangannya di Abu Dhabi bagi mewakili kepentingan syarikat penerbangan itu di Timur Tengah.Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani berkata, pihaknya melihat Abu Dhabi sebagai pasaran prioriti untuk tujuan tersebut. "AirAsia X akan menambah kapasiti penumpang dan memfokus kepada keberkesanan Abu Dhabi (untuk memegang peranan itu) sebelum AirAsia X memfokus pada bandar-bandar lain," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran penerbangan sulung AirAsia bagi laluan Kuala Lumpur-Abu Dhabi di hotel Yas Island Rotana di sini hari ini.Turut hadir ialah Duta Besar Malaysia ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Datuk Yahaya Abdul Jabar; Timbalan Ketua Pengarah Abu Dhabi Tourism Authority, Ahmed Hussein; Pengerusi AirAsia X, Datuk Seri Kalimullah Hassan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia dan Pengarah AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun.Penerbangan sulung AirAsia X tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi (LTAAD) pada pukul 5.30 pagi ini (waktu Malaysia). Waktu di Abu Dhabi adalah lewat kira-kira empat jam daripada Malaysia.Pesawat AirAsia X dipancut dengan air sewaktu bergerak di atas landasan terbang menuju ke terminal penumpang. Itu adalah simbolik pihak LTAAD meraikan ketibaan pesawat AirAsia X buat julung kali.Semalam, AirAsia X secara rasmi melancarkan penerbangan sulung secara terus ke Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada pukul 10 malam waktu Malaysia.Penerbangan sulung AirAsia ke Abu Dhabi berlepas dari terminal penerbangan tambang murah (LCCT) dengan pesawat Airbus A340 yang berkapasiti 286 tempat duduk termasuk 30 tempat duduk premium.Abu Dhabi ialah destinasi pertama AirAsia X di Timur Tengah. Ia juga destinasi kesembilan AirAsia X selepas Gold Coast, Melbourne dan Perth di Australia; London; Hangzhou, Chengdu, Taipei serta Thienjin di China.Sementara itu, Kamarudin berkata, walaupun terdapat usaha bersepadu untuk mewujudkan hab tersebut, Kuala Lumpur dikekalkan sebagai hab untuk Asia Tenggara."Kita mempunyai destinasi yang cukup untuk rantau ini. Dari Kuala Lumpur, para penumpang boleh pergi ke 125 destinasi," katanya lagi.