suria

Mendiang Teoh Selamat Disemadikan Semula

Teoh Meng Kee memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang adiknya Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock selepas mayatnya disemadikan semula di Taman Peringatan Nirvana di Semenyih dekat sini, hari ini. Mayat mendiang digali semula pada Sabtu bagi membolehkannya dibedah siasat buat kali kedua pada keesokannya. Pada 16 Julai lepas, Teoh ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, selepas memberi kenyataan mengenai dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang terletak di bangunan sama.-Foto BERNAMA.

KAJANG: Mayat Teoh Beng Hock, yang digali semula Sabtu lepas untuk bedah siasat kedua selamat disemadikan semula di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih, dekat sini pagi tadi.

Pihak keluarga dan rakan mendiang berkumpul di perkarangan perkuburan sejak 9 pagi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Teoh.

Wakil media tempatan turut berkumpul di kawasan itu bagi membuat liputan mengenai upacara persemadian mendiang.

Mayat Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor digali untuk proses bedah siasat kali kedua yang diadakan di Hospital Sungai Buloh Ahad lepas.

Sementara itu, adik mendiang, Teoh Lee Lan, 29 berkata, mereka sekeluarga kini berasa sedikit tenang dan berharap roh mendiang Teoh berada dalam keadaan aman.

Katanya, apa yang diharapkan mereka sekeluarga adalah kebenaran dan keadilan dapat ditemui selepas bedah siasat kali kedua itu.

Ketika menjawab soalan mengenai laporan bedah siasat, beliau berkata keluarga mendiang masih menunggu laporan itu. Butiran dan keputusan lengkap berhubung hasil bedah siasat itu dijangka hanya diketahui apabila prosiding inkues kematian mendiang diteruskan di Mahkamah Koroner Shah Alam 9 Disember depan. BERNAMA

Artikel Lain