Bersedia ke sekolah: Nurhaniza sedang membantu anak perempuannya Nurbayti untuk ke sekolah.— Foto THE STAR oleh MUSTAFA AHMAD BUKIT MERTAJAM: Nurbayti Mohd Dali, 11, yang berhenti sekolah kerana terpaksa menjaga ibu obesnya, teruja untuk kembali meneruskan pelajarannya.“Saya takut tapi seronok,” kata kanak-kanak perempuan itu kepada Sunday Star sambil menyimpan buku-buku dan memakai baru sekolah barunya semalam. Kanak-kanak yang pemalu itu menyimpan hasrat untuk berkawan dengan murid-murid lain, tetapi risau tidak dapat menyiapkan kerja sekolah kerana dia masih tidak dapat membaca dan menulis dengan lancar.Menurut ibunya, Nurhaniza Ahmad, 36, guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kebun Sireh, Nazira Yeop memberitahunya Nurbayti akan di tempatkan dalam kelas Tahun Lima dan tahapnya akan dinilai oleh guru-guru sekolah tersebut.Tambahnya, mereka juga akan membantu anaknya menguasai mata pelajaran yang ketinggalan.“Saya bimbang anak saya tidak dapat mengejar sukatan mata pelajarannya,” tambah Nurhaniza.Berat badan berlebihan Nurhaniza menyebabkan beliau terpaksa mengesot dalam rumah manakala anak tunggalnya itu terpaksa berhenti sekolah untuk memandikan Nurhaniza serta memasak untuk seisi keluarga.Sementara itu, sejak kisah sedih Nurhaniza disiarkan dalam akhbar The Star dua bulan lalu, kehidupannya berubah secara mendadak kerana bantuan dihulurkan oleh masyarakat tempatan yang perihatin.Rumahnya kini dilengkapi paip air dan keluarganya juga turut menerima sumbangan kewangan, makanan dan pakaian.Nurhaniza kini sedang mengikuti program penurunan berat badan yang ditaja oleh sebuah syarikat kosmetik dan berat badannya telah susut sebanyak 16 kilogram.Nurbayti pula menerima tawaran untuk menaiki bas Rapid Penang secara percuma sehingga usianya mencecah 18 tahun.Dalam pada itu, Nurhaniza memberitahu, beberapa pegawai dari SK Kebun Sireh telah membelikan pakaian dan kasut sekolah untuk anaknya dan guru besar juga telah berusaha mendapatkan buku-buku teks.“Saya amat gembira kerana anak saya kembali bersekolah. Sebelum ini, saya sedih kerana Nurbayti terpaksa tinggal di rumah untuk menjaga saya,” katanya yang akan dijaga oleh sepupunya dari Parit Buntar sementara anak perempuannya ke sekolah.