KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, akan menyediakan penerbangan tambahan ke pelbagai destinasi bagi memenuhi pemintaan orang ramai untuk perjalanan tambahan sempena cuti Tahun Baru Cina yang akan datang.Dalam satu kenyataan di sini hari ini, syarikat itu berkata penerbangan tambahan itu akan bermula dari 9 hingga 21 Februari, bagi laluan popular termasuk Kuala Lumpur-Pulau Pinang, Kuala Lumpur-Singapura, Kuala Lumpur-Sibu, Kuala Lumpur-Kuching, Kuching-Sibu, Singapura-Kuching, Kuala Lumpur-Johor Bahru dan Johor Bahru-Sibu. Ketua Komersil Serantau, Kathleen Tan berkata Tahun Baru Cina tahun ini, tahun Harimau, jatuh pada Hari Valentine, dan pasangan kekasih mempunyai sebab untuk menaiki kapal terbang ke destinasi romantik pilihan mereka dengan tambang harga rendah. Penerbangan tambahan ini dijangka penuh, katanya.Bagi menambah nilai, AirAsia menerusi GoHoliday di http://goholiday.airasia.com, juga menawarkan lebih 50,000 hotel dengan tawaran hebat secara dalam talian. - BERNAMA