suria

2,145 Mangsa Banjir Di Kinabatangan

KINABATANGAN: Jumlah mangsa banjir di daerah ini yang terpaksa dipindahkan sehingga pukul 6 petang ini adalah seramai 2,145 orang daripada 451 keluarga.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir Kinabatangan berkata mangsa-mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan banjir membabitkan balai raya serta dewan serbaguna dan ada yang menumpang di rumah saudara mereka yang tidak dinaiki air banjir.

Katanya ramai mangsa banjir itu adalah dari Kampung Kuamut, Tulang-Tulang, Desa Permai, Tangkuyan dan Balat, manakala sebahagian kecil dari Kampung Sangau, Bukit Garam dan Seri Manis.

Dua lagi kampung yang dinaiki air banjir hari ini adalah Kampung Nusa Jaya dan Buang Sayang, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata bacaan paras air Sungai Kinabatangan pada pukul 6 petang ini juga semakin meningkat kepada 11 meter dan berada pada paras bahaya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain