suria

Kampus UiTM Jasin Dibina Guna Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta

JASIN: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Jasin akan dibuat menerusi kaedah inisiatif pembiayaan swasta.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah menawarkan kepada PYBK Usahasama Sdn Bhd untuk membina kampus itu yang dianggarkan bernilai RM300 juta di tanah milik Yayasan Melaka di Seri Mendapat, Semujuk, di sini dan dijangka siap pada 2013.

Katanya, asalnya kampus itu ditawarkan untuk dibina oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor.

"Kampus UiTM ini akan membantu Melaka menjadi hab pendidikan kerana daerah lain di Melaka semuanya sudah ada universiti," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak kampus UiTM itu hari ini.

Semalam, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan cadangan pembinaan kampus UiTM oleh YBK di Serendah, Rawang dibatalkan ekoran keengganan kerajaan negeri Selangor meluluskan tapak bagi projek tersebut dan dipindahkan ke Jasin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

19 GRO Ditahan Dalam Ops Noda

Artikel Lain