suria

AGM Wanita MCA Tidak Sah, Dakwa Chew Mei Fun

KUALA LUMPUR: Mesyuarat agung tahunan (AGM) Wanita MCA hari ini adalah tidak sah, dakwa Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun.

Beliau berkata, ini kerana Speaker Ooi Siew Kim and timbalannya, Lee Pit Chern telah menangguhkan mesyuarat tersebut pada 9 pagi sewaktu mesyuarat bermula.

Mereka berbuat demikian walaupun 350 perwakilan telah mendaftar untuk menghadirinya di Wisma MCA pagi ini.

"Sebarang AGM yang diadakan selepas Speaker dan timbalannya mengumumkan penangguhan adalah tidak sah," katanya pada sidang akhbar di sebuah restoran berdekatan Wisma MCA hari ini.

Perwakilan tersebut akhirnya meneruskan AGM itu.

Terdahulu, mereka melantik Ketua Bahagian MCA Kelana Jaya Ong Chong Swen sebagai Speaker untuk menggantikan Siew Kim dan Pit Chern yang bertindak meninggalkan tempat berkenaan.

Selain penangguhan itu, Mei Fun berkata, AGM itu juga tidak sah kerana jawatankuasa pusat Wanita MCA telah mengumumkan penangguhan mesyuarat hari ini.

Sambil merujuk kepada Artikel 11.1 dan 11.4, beliau menjelaskan, jawatankuasa pusat Wanita parti, speaker dan timbalannya berhak menangguhkan AGM.

Pada Jumaat lalu, Setiausaha Agung MCA Datuk Wong Foon Meng mengumumkan AGM Wanita akan tetap diadakan seperti yang dijadualkan.

Malah katanya, notis pemberitahuan telah pun diedarkan kepada para perwakilan.

Foon Meng yang sepatutnya merasmikan AGM Wanita bagaimanapun tidak hadir.

Mengenai tindakan Setiausaha Sulit Peribadi Chua Fong Ling dan Timbalan Setiausaha Agung Wanita, See Meng Geok menghalang para perwakilan

daripada menghadiri AGM di pintu masuk Wisma MCA, Mei Fun menjelaskan, Chua berbuat demikian atas kapasitinya sebagai ahli jawatankuasa pusat Wanita MCA.

Katanya, Siew Kim dan Pit Chern cuba menjelaskan kepada perwakilan bahawa AGM telah ditangguhkan.

Artikel Lain