suria

144 Saman Dikeluarkan Dalam Ops Sepadu Perdagangan

PULAU PINANG: Lapan kenderaan disita dan 144 saman dikeluarkan terhadap bas dan van kilang yang didapati melakukan pelbagai kesalahan jalan raya dan permit dalam operasi sepadu perdagangan di Bayan Baru semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Supt Wan Aziz Wan Hussain berkata 27 saman dikeluarkan oleh polis, 11 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) atas kesalahan kepekatan asap dan 31 saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pula mengeluarkan 75 notis bagi kenderaan yang melanggar syarat premit manakala lapan van yang disita itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut oleh Puspakom.

Bercakap kepada pemberita di sini, Wan Aziz berkata sebanyak 131 bas kilang dan 80 van kilang diperiksa dalam operasi yang melibatkan JPJ, JAS, Puspakom, LPKP, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Operasi bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir 12 tengah malam yang dijalankan mengikut dua fasa itu membabitkan 82 pegawai dari pelbagai agensi penguatkuasa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain