KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta orang ramai supaya memberikan sokongan mereka kepada pemain badminton negara bagi kejohanan Piala Thomas dan Uber yang bermula hari ini."Hari ini pemain-pemain badminton negara memulakan kempen Piala Thomas dan Uber di tanah air sendiri. Mari kita sama-sama menyokong pasukan itu dengan semangat 1Malaysia!," kata Najib dalam status Facebooknya yang terkini. Jumaat lepas, Najib melahirkan harapannya agar para pemain badminton negara melakukan yang terbaik bagi merampas semula Piala Thomas, terutama di gelanggang sendiri.Kali terakhir Malaysia memenangi piala itu pada 1992.Status terkini dalam Facebook beliau menunjukkan komen orang ramai mencapai 171 manakala kira-kira 428 orang menyukai status itu. - BERNAMA