suria

DAP Lancar Manifesto Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu

SIBU: DAP hari ini melancarkan manifestonya bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu yang menyentuh beberapa isu antaranya isu pekerjaan di negeri ini.

Calonnya Wong Ho Leng, yang melancarkan manifesto itu di sini, mendakwa bahawa peluang pekerjaan kepada golongan muda di negeri ini tidak mencukupi sehingga memaksa mereka mendapatkan pekerjaan di tempat lain.

Beliau juga menyenaraikan tujuh agenda lain termasuk menyelesaikan masalah banjir yang tidak berkesudahan di Sibu dalam tempoh dua tahun.

Katanya parti itu akan melabur dalam modal insan dan infrastruktur bagi menjadikan bandar ini sebagai pusat dalam industri perkapalan, kejuruteraan marin dan pelancongan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng antara yang hadir.

Pilihan raya kecil pada 16 Mei itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Robert Lau Hui Hew, Wong dan calon bebas Narawi Haron. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain