KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Ahad lepas, kini beransur pulih.Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Datuk Ismail Mohammad Said yang menziarahi Zaharuddin di IJN hari ini berkata, Zaharuddin, 63, sudah boleh berinteraksi dengan anggota keluarga dan para pelawat yang menziarahinya. "Beliau tidak lagi menggunakan alat bantuan penafasan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.Zaharuddin dipindahkan ke IJN selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya setelah menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.Beliau dimasukan ke Hoshas, Temerloh pada 3 April lepas setelah mengadu sakit bahagian perut.Ismail berkata, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah turut berkenan menziarahi Zaharuddin, pagi tadi. - BERNAMA