PELABUHAN KLANG: Seorang remaja lelaki yang terlibat dalam perjudian haram sejak umur 16 tahun dilaporkan mengalami kerugiaan terkumpul sebanyak RM8 juta.Remaja tersebut yang kini berusia 19 tahun dikatakan mengikuti jejak bapanya yang juga seorang jutawan kaki judi dan akhirnya mengalami kerugian dalam pertaruhan bola sepak antarabangsa menerusi Internet. Keberaniaannya bertaruh dalam jumlah yang besar telah membuatkannya dikenali sebagai 'Little Dragon'.Semalam, pengerusi Barisan Nasional (BN) Klang, Datuk Teh Kim Poo berkata, pihaknya tidak berjaya memujuk remaja terbabit untuk tampil ke hadapan bagi mengaitkannya pesta perjudian melibatkan dirinya dan memberitahu punca utama remaja terbabit dalam kancah perjudian adalah disebabkan oleh pengaruh bapanya, seorang kaki judi tegar.“Remaja ini membesar memerhatikan aktiviti perjudian bapanya dan ketika berusia 16 tahun, dia mula berjudi selepas ejen memberinya satu perakuan berjumlah RM100,000."Setiap kali dia dibebani hutang yang banyak, bapanya akan menjamin dia keluar. Dalam masa tiga tahun, sudah ada beberapa jaminan keluar dibuat,” katanya.Teh menambah apabila jumlah kerugian terkumpul telah mencecah sebanyak RM8 juta, bapanya mula menyuruh anaknya berhenti berjudi.Lelaki dalam lingkungan 50-an itu melarang anaknya dari berjudi dan memberhentikan anak lelakinya itu daripada meneruskan pelajaran di sebuah kolej. Dia kini bekerja dengan bapanya.Menurut Kim Poo, remaja yang menjalani program ijazah Australia di sebuah kolej di Petaling Jaya itu dipercayai pernah menggunakan wang untuk membayar yuran pengajiannya bagi menyelesaikan hutang judi dan kad kredit yang digunakan.Dia akan berbohong kepada bapanya dengan mengatakan perlu membayar yuran kolej bagi mendapatkan duit untuk dibayar kepada ejen perjudian.Beliau berkata, rahsia remaja terbabit terbongkar apabila ada ejen perjudian yang menghantar Ah long untuk mengutip hutang dari bapanya.“Kebiasaannya, ejen-ejen ini akan pergi ke ‘kolej mewah' dan mencari remaja kaya ini.” katanya.Teh menambah, Kampung Baru Pandamaran di sini dipercayai telah menjadi tempat panas untuk kaki judi beroperasi dan berjudi serta menggunakan rumah kampung dikawasan itu yang dilengkapi kemudahan internet untuk aktiviti tidak bermoral itu.Kelmarin, MCA Bahagian Klang dan Kapar telah melancarkan satu kempen “Anti Perjudian di Kafe Internet” kempen bagi mengumpul tandatangan di pasar Taman Eng Ann di sini.Kempen itu mendapat perhatian apabila lebih 2,000 tandatangan daripada ibu bapa diperolehi dalam dua jam.Assistan Komisioner Moha-mad Mat Yusop menyeru orang awam untuk memaklumkan kepada pihak polis jika terdapat kafe internet yang menjalankan aktiviti perjudian melalui internet untuk tindakan pihak polis.