SEREMBAN: Polis menahan 10 wanita tempatan yang berumur antara 36 dan 54 tahun kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran dalam serbuan di sebuah hotel murah di Jalan Tunku Hassan di sini hari ini.Operasi lebih sejam bermula pukul 3.10 petang itu melibatkan dua pegawai dan lima anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan diketuai Cif Inspektor Raidah Abidin dan Cif Inspektor Hasbullah Hamzah. Katanya polis turt menahan 10 lelaki berusia 24 hingga 60 tahun, termasuk seorang penjaga premis itu, yang disyaki melanggan pelacur berkenaan dan menjumpai 13 keping kondom.Beliau berkata empat daripada wanita itu ditahan ketika sedang bersama pelanggan dalam bilik di hotel itu manakala yang lain berada di ruang menunggu."Polis telah membuat risikan mengenai kegiatan pelacuran di hotel tersebut selama sebulan sebelum serbuan dilakukan," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 372/373b Kanun Keseksaan dan mereka yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban. -BERNAMA