suria

Anggota Polis Patah Kaki Dilanggar Mat Rempit Di Sungai Petani

JITRA: Seorang anggota polis patah kaki dan cedera di kepala dilanggar mat rempit dalam operasi mencegah perlumbaan motosikal haram di Taman Nilam di Sungai Petani kira-kira 2 pagi, Sabtu.

Anggota polis tersebut Lans Koperal Shahril Yusuf, 32, kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Polis telah mengenal pasti suspek dan masih memburunya kerana suspek menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumah selepas kejadian tersebut," kata Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan kepada pemberita di sini.

Beliau berkata polis segera mengadakan operasi dengan menghantar seorang pegawai dan empat anggota selepas mendapat maklumat daripada orang ramai tentang kegiatan merempit yang sering diadakan di kawasan perumahan tersebut. - BERNAMA

Artikel Lain