JOHOR BAHARU: Jabatan Narkotik Johor menahan 28 penagih dadah termasuk tiga warga asing dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah di sekitar Jeti Stulang Laut di sini hari ini.Pegawai Turus Operasi Risikan dan Tahanan Jabatan Narkotik Johor, DSP Hamazah Abd Razak berkata penagih yang kesemuanya lelaki berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan hasil operasi selama tiga jam mulai pukul 8 pagi. Didapati ada antara mereka merupakan penagih tegar yang pernah ditahan pihak berkuasa sebelum ini, katanya.Operasi dilakukan di kawasan pintu keluar-masuk ke negeri ini, bersama Unit Anjing Pengesan, Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia.Hamazah berkata polis turut menemui sejumlah dadah dari beberapa penagih. -BERNAMA