suria

Anggota Polis Hilang Dijumpai Mati Lemas

PASIR PUTEH: Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat, L/Kpl Basri Abdul Majid, 45, yang dilaporkan hilang di Laut China Selatan pada Jumaat lepas dijumpai mati lemas di perairan antara Kelantan dan Terengganu petang Isnin.

Komander Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Tok Bali, Saifullizan Ibrahim, berkata mayat Basri dijumpai 11 batu nautika dari Tok Bali oleh anggota peronda APMM pada 4 petang Isnin.

"Terdapat beberapa kesan luka di beberapa bahagian badan," katanya.

Basri dipercayai terjatuh dari bot yang dinaiki bersama lapan rakan ketika dalam perjalanan pulang daripada memancing di Pulau Susu Dara dekat Pulau Perhentian. Kehilangannya disedari oleh rakannya sebaik tiba di Tok Bali. - BERNAMA

Artikel Lain