KOTA TINGGI: Seorang wanita ditemui berlumuran darah, dipercayai akibat disamun di depan rumahnya di Jalan Taib, Kota Kecil di sini, Rabu.Tan Ah Huang, 62, yang dipercayai diserang menggunakan senjata tumpul di dahi dan belakang kepalanya mati di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Baharu pada pukul 5.30 petang. Wanita itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 3.45 pagi oleh suaminya Lim Hock Hai, 52, dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi sebelum dipindahkan ke HSI.Ketika kejadian, wanita itu dikatakan sedang bersiap untuk menghantar mi mentah untuk dijual di pasar borong di Jalan Johor yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari rumah mereka.Wang tunai sebanyak RM1,000 yang dibawa wanita itu didapati hilang.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supritendan Osman Muhammad Sebot yang mengesahkan kejadian itu berkata kes diklasifikasi sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan. - BERNAMA