GUA MUSANG: Seramai 9,555 atau 82.71 peratus pengundi telah menunaikan kewajipan mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas setelah semua pusat pengundian ditutup 5 petang tadi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya.Jumlah itu lebih tinggi berbanding pengundi pada pilihan raya umum 2008 iaitu 80.57 peratus. -BERNAMA