KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) membatalkan 18 penerangan masuk dan keluar dari Alor Setar mulai esok hingga Isnin kerana air banjir memasuki landasan. Lapangan terbang Sultan Abdul Halim ditutup hingga 8 November, katanya.
Pengarah Operasi MAS Kapten Mohamed Azharuddin Osman bekata syarikat penebangan itu akan memantau rapat keadaan banjir dan pelanggan di Malaysia dinasihatkan untuk sentiasa menghubunginya di Pusat Panggilan 24 jam bebas tol di 1 300 88 3000 atau pejabat-pejabat tiket untuk medapatkan maklumat terkini mengenai jadual penerbangan.
Penumpang yang penerbangan mereka terjejas mempunyai opsyen perjalanan:
1.Menukar tiket untuk terbang percuma sama ada ke atau dari Pulau Pinang atau Langkawi.
Perjalanan darat tidak diliputi. 2.Menukar tarikh perjalanan tanpa fi (tidak mengira jenis tiket), dalam tempoj sah.
Pengembalian tambang penuh, dasar pemulangan biasa bergantung kepada jenis tambang tiket.
Ia menasihatkan penumpang menghubungi pusat panggilan 24 jam MAS di 1 300 88 3000 (di Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia) atau mengunjungi pejabat tiket sebelum menunju ke lapangan terbang.
Penebangan yang dibatalkan ialah : Jumaat, 5 November 2010 Kuala Lumpur - Alor Setar (MH1208) dijadual berlepas 1.55 petang
Alor Setar - Kuala Lumpur (MH1209) dijadual berlepas 3.20 petang
Kuala Lumpur - Alor Setar (MH1252) dijadual berlepas 8.00 petang
Alor Setar - Kuala Lumpur (MH1253) dijadual berlepas 9.25 petang
Sabtu, 6 November 2010 Kuala Lumpur - Alor Setar (MH1208) dijadual berlepas 1.55 petang Alor Setar - Kuala Lumpur (MH1209) dijadual berlepas 3.20 petang Kuala Lumpur - Alor Setar (MH1252) dijadual berlepas 8.00 petang Alor Setar - Kuala Lumpur (MH1253) dijadual berlepas 9.25 petang
Ahad, 7 November 2010 Kuala Lumpur - Alor Setar (MH1208) dijadual berlepas 1.55 petang Alor Setar - Kuala Lumpur (MH1209) dijadual berlepas 3.20 petang Kuala Lumpur - Alor Setar (MH1252) dijadual berlepas 8.00 petang Alor Setar - Kuala Lumpur (MH1253) dijadual berlepas 9.25 petang
Isnin, 8 November 2010 Kuala Lumpur - Alor Setar (MH1202) dijadual berlepas 8.00 pagi Alor Setar - Kuala Lumpur (MH1203) dijadual berlepas 9.25 pagi Kuala Lumpur - Alor Setar (MH1208) dijadual berlepas 1.55 petang Alor Setar - Kuala Lumpur (MH1209) dijadual berlepas 3.20 petang Kuala Lumpur - Alor Setar (MH1252) dijadual berlepas 8.00 petang Alor Setar - Kuala Lumpur (MH1253) dijadual berlepas 9.25 petang
-BERNAMA