ALOR SETAR: Seramai 750 sukarelawan terdiri belia dari Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan turun ke Kedah dan Perlis bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kedua-dua negeri itu.Semalam mereka pergi ke Perlis dan hari ini membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena di Kedah. Mereka dibekalkan peralatan seperti penyapu, mop dan plastik sampah yang disumbangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) kementerian itu Datuk Jamil Salleh program yang dianjurkan bersama Majlis Belia Negara itu melibatkan anggota-anggota persatuan belia dan Rakan Muda berumur antara 15 dan 35 tahun.Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia Mohd Zaidi Aziz berkata misi bantuan itu telah dilakukan sejak 1 November lalu dengan memberi bantuan keperluan harian kepada mangsa banjir, dan untuk misi kali ini, ia memfokuskan kepada membantu penduduk membersihkan rumah."Disebabkan sudah ramai sukarelawan lain yang membersihkan kawasan awam, jadi kita mengambil inisiatif untuk membersih rumah mangsa banjir bagi membantu meringankan beban mereka," katanya.Kedah dan Perlis adalah yang teruk dilanda banjir kali ini. Hari ini, keadaan di kedua-dua negeri itu, dilaporkan semakin pulih. -BERNAMA