suria

Beberapa Laluan PLUS Dan NKVE Mulai Sesak

KUALA LUMPUR: Beberapa bahagian Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) mengalami aliran trafik perlahan berikutan ribuan warga kota mula pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidiladha esok.

Jurucakap Plus berkata kawasan yang mengalami kesesakan ialah laluan dari utara ke selatan sebelum tol Juru, Pulau Pinang dan di Jelapang, Perak dari KM263.8 hingga ke KM262.6.

"Ini disebabkan jalan ke Selatan Jelapang ditutup kerana proses pembaikan pulih cerun.

"Laluan tersebut hanya melibatkan kawasan di Jelapang sahaja," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Selasa.

Beliau berkata aliran perlahan juga turut dikesan dari Bandar Putra Mahkota ke Nilai dan ke Seremban.

Sementara di NKVE, antara aliran yang sesak adalah dari Shah Alam dan dari Kota Damansara menuju ke Dataran Prima.

"Kesesakan turut dikesan dari Dataran Prima ke Bukit Lanjan dari pukul 6.00 petang tadi hingga kini dan kesesakan turut berlaku dari Shah Alam ke Subang," katanya. -BERNAMA PNAK HK RS

Artikel Sebelum

Zaid Kembali Adakan Sidang Media

Artikel Berikut

Artikel Lain