suria

24 Januari Pengurusan Kes Saman Fitnah Khir Toyo Terhadap ADUN Sekincan

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan pengurusan kes saman fitnah oleh Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim pada 24 Januari depan.

Tarikh tersebut ditetapkan selepas pihak-pihak yang terlibat dalam kes tersebut berjumpa dengan Hakim Datuk Nurchaya Arshad untuk kali pertama pada Jumaat.

Sebelum ini, semua prosiding pengurusan kes diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar, Mankiranjit Kaur.

“Kedua-dua pihak diberi arahan lanjut untuk menyedia dan menyerahkan kenyataan saksi kepada Timbalan Pendaftar,” kata peguam M.Manoharan yang mewakili Ng.

Khir selaku plaintif diwakili oleh peguam M.Athimulan.

Kronologi kes bermula selepas Khir memfailkan saman fitnah yang tidak dinyatakan jumlahnya pada 7 Januari lalu kerana mendakwa Ng telah memfitnahnya di dalam membabitkan isu banglo mewah di Seksyen 7, di sini.

Dakwanya, kenyataan berbentuk fitnah itu disiarkan di akhbar The Star bertarikh 7 Julai 2009.

Selain menuntut ganti rugi yang terdiri daripada ganti rugi am, teladan dan teruk, Khir turut menuntut perintah untuk menghalang Ng atau ejennya daripada terus mengeluarkan kenyataan yang berbentuk fitnah terhadapnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain