suria

Wanita Warga Emas Kurang Siuman Ditemui Mati Dalam Tasik

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa jam dilaporkan hilang, mayat seorang wanita warga emas kurang siuman ditemui di sebuah tasik berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Jinjang di sini petang ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Zainuddin Ahmad berkata Kok Gin, 67, ditemui selepas dilaporkan hilang oleh anak lelakinya kira-kira pukul 12.30 tengah hari selepas ibu itu keluar berseorangan pada 1.30 pagi ini.

"Sepasukan polis yang melancarkan gerakan mencari wanita itu menemui payung dan selipar Kok Gin berdekatan tasik itu sebelum menemui mayatnya yang lengkap berpakaian di dalam tasik tersebut," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini.

Zainuddin berkata mangsa tinggal berdekatan tasik itu.

Mayat itu dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat, katanya.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain