PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan tindakannya berdiam diri berhubung tuduhan memperkosa terhadap Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim bertujuan menutup kes dan melindunginya, Sabtu.Abdullah berkata dakwaan penulis blog dan pembangkang itu adalah tidak berasas, malah kejadian itu tidak pernah dilaporkan kepadanya sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009. "Kenapa pula macam tu. Saya pun tak tahu (kes) itu. Nak cover up apa?. Tak patut la mereka tuduh saya macam tu."Nak bagi kenyataan buat apa? Benda tu tak betul. Sekarang anda dah tanya, saya bagi la statement. Saya memang tidak menerima apa-apa laporan tentang dakwaan itu," katanya pada sidang media ketika ditanya berhubung dakwaan bahawa tindakannya tidak mengeluarkan kenyataan bertujuan melindungi menteri berkenaan.Terdahulu, Abdullah merasmikan 'The Abdullah Yusuf Ali Memorial Lecture' dan melancarkan buku 'The History of the Qura'anic Text' tulisan M M Al-A'zami di Auditorim Kolej Universiti MAHSA di sini.Isu yang didedahkan penulis blog itu mendakwa Rais, yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah memperkosa bekas pembantu rumahnya dan mendakwa tindakan pentadbiran Abdullah berdiam diri adalah untuk mengelakkan konflik serantau.Abdulah berkata beliau tidak mengambil kisah mengenai isu yang dimainkan di dunia siber itu kerana beliau yakin perkara itu tidak pernah terjadi. "Kalau apa yang dikatakan itu tidak betul maka tentulah pihak yang berkenaaan akan mengambil tindakan dan dalam hal ini Datuk Seri Dr Rais telah membuat kenyataan menafikannya," katanya.Rabu lepas, Rais menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.Semalam, portal berita detik.com melaporkan bekas pembantu rumah Rais yang didakwa diperkosa telah nenafikan tuduhan terhadap majikannya dan mendakwa Rais adalah seorang yang baik hati dan tidak mempunyai masalah dengan dirinya.Wanita itu berkata laporan berita yang selama ini menyebut dia diperkosa sama sekali tidak benar.-BERNAMA