suria

778 Pelajar, Rakyat Malaysia Selamat Tiba Di KLIA Pagi Ini

SEPANG: Seramai 778 rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya merupakan pelajar yang menuntut di Mesir selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi Isnin.

Dua pesawat yang membawa kumpulan pertama itu dari Jeddah ke Kuala Lumpur adalah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH8029 yang membawa seramai 459 penumpang tiba pada pukul 10 pagi dan pesawat AirAsia yang tiba 20 minit kemudian dengan 319 penumpang.

Mereka disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri-menteri Kabinet.

Artikel Lain