KUALA LUMPUR: Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) hari ini menyarankan pihak berkuasa menubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani kerugian akibat kebocoran paip air dan kecurian.Presidennya S. Piarapakaran berkata langkah itu perlu memandangkan kajian mereka mendapati pada 2009 negara kerugian sekitar RM1.6 bilion akibat kebocoran paip air yang berleluasa kerana tidak diselenggara dengan baik. Kajian juga menunjukkan kebanyakan negeri tidak mengutamakan aspek penyelenggaraan pada sistem agihan air, katanya kepada Bernama, di sini.Beliau juga percaya masyarakat dapat menikmati bekalan air dengan kos yang lebih murah jika isu seperti kebocoran paip itu ditangani.Persatuan tersebut juga mencadangkan kepada kementerian terbabit agar menjadikan Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) sebagai petunjuk Indeks Prestasi Utama (KPI) dalam menentukan harga air terawat. - BERNAMA