suria

Wanita Umno Akan Tangkis Dakyah Pembangkang

IPOH: Wanita Umno akan memastikan penyokong Barisan Nasional (BN) tidak terpedaya dengan taktik pembangkang mensabotaj calon BN seperti yang berlaku pada pilihan raya umum 2008.

Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman berkata dakyah yang digunakan oleh pembangkang pada masa itu ialah mempengaruhi penyokong BN yang tidak sukakan calon-calon tertentu di kubu kuat BN supaya tidak mengundi mereka ini kononnya sekadar untuk mengurangkan majoriti BN di kawasan itu.

"Kita percaya pembangkang akan sekali lagi menggunakan strategi berkempen yang sama pada pilihan raya umum akan datang di kalangan penyokong yang tidak puas hati dengan pemilihan calon," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz bahawa perbuatan mensabotaj calon oleh penyokong BN kerana isu pemilihan calon menjadi antara punca utama kekalahan B Ndi Perak, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum lepas.

Hamidah berkata Wanita Umno akan bekerja keras bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

"Jangan ada lagi ahli yang tidak suka seseorang itu kerana dia bukan calon pilihan, akan tutup bilik gerakan, pergi makan angin dan tidak mahu bekerja," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain