KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa penglibatan Tan Sri Rahim Tamby Chik dengan kontroversi video seks yang memaparkan individu kononnya pemimpin utama parti pembangkang kerana dendam kesumat.Kata Ketua Pembangkang itu, terlibatnya Rahim mengingatkan beliau kepada kes lama iaitu dakwaan skandal seks bekas Ketua Menteri Malaka itu pada awal tahun 1990-an. "Dia buat semua ini kerana membalas dendam," katanya selepas penangguhan prosiding kes liwat di sini, Khamis.Rahim pada tahun 1994 meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO selepas didesak oleh Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.Dalam Satu temu bual bersama portal berita pada tahun 1995, Rahim menyalahkan Anwar sebagai dalang kejatuhan karier politiknya.Dalam pada itu, Anwar turut menuduh polis melindungi Rahim dan rakan-rakannya iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).Semalam, trio yang dikenali sebagai 'Datuk T' itu membuatkan pengakuan bahawa mereka adalah dalang di sebalik pendedahan video seks berkenaan.