suria

Anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Diumum

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenankan pelantikan Datuk Heliliah Mohd Yusof sebagai pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 1 April.

Tuanku Mizan juga berkenan melantik enam anggota SIAP lain iaitu Datuk Paul Low Seng Kuan, Tan Sri Dr Zulkefli A.Hassan, Datuk Seri Robert Jacob Ridu, Profesor Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Vinayak Prabhakar Pradhan dan Datuk Salehuddin Saidin.

Pelantikan keenam-enam anggota lain itu juga berkuatkuasa pada 1 April lepas. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan itu mengikut subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).

Pelantikan Heliliah pula selaras dengan subseksyen 5(1) Akta 700. - BERNAMA

Artikel Lain