suria

Warga Emas Ditemui Lemas Di Sungai Kurong Batang

KANGAR: Seorang wanita ditemui mati lemas di dalam Sungai Kurong Batang, di belakang rumahnya di Kampung Teluk Jambu, dekat sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kangar Supritendan Abdul Rahman Noordin berkata mayat Mahasa Abdullah, 77, ditemui oleh anak kepada warga emas itu pada kira-kira pukul 8.30 pagi.

Ketika dihubungi beliau yang mengesahkan kejadian itu berkata Mahasa dipercayai jatuh ke dalam sungai itu petang semalam berdasarkan keadaan mayat yang kembung.

Beliau berkata warga emas itu tinggal bersendirian dan polis mengklasifikasi kes itu sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

Artikel Lain