suria

Warga Emas Diutama Tunaikan Haji - Jamil Khir

YAN: Tabung Haji mengutamakan golongan warga emas yang berusia 70 tahun ke atas dalam proses pemilihan untuk menunaikan haji bagi setiap tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata peluang menunaikan haji wajar diberi kepada golongan itu supaya mereka berkesempatan menunaikan ibadah haji.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita Umno Bahagian Jerai di sini hari ini, beliau berkata ketika ini tempoh menunggu seseorang itu untuk melaksanakan ibadah haji selepas pendaftaran dibuat di Tabung Haji adalah 20 tahun.

Bagaimanapun, Jamil Khir berkata, kerajaan akan mengusahakan supaya kuota haji dapat ditambah untuk mempercepatkan tempoh untuk ke tanah suci. - BERNAMA

Artikel Lain