suria

31 Aktivis PSM Ditahan Di Tol Sungai Dua

KEPALA BATAS: Polis menahan 31 orang termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj, kesemuanya aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM), di plaza Tol Sungai Dua, Sabtu.

Jurucakap polis berkata kesemua mereka menaiki sebuah bas persiaran sedang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri majlis di Pulau Pinang yang berkaitan dengan perhimpunan haram, yang dijadualkan kumpulan pengacau pada 9 Julai.

"14 wanita dan 17 lelaki yang ditahan itu dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini untuk dirakam percakapan," katanya di sini malam ini.

Katanya polis turut menemui pelbagai barangan dalam bas itu antaranya bendera PSM, buletin sosialis dan kemeja-T bertulisan 'anti capitalism' berwarna merah dan hitam.

Kumpulan berkenaan dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram di ibu negara dan kempen PSM 'Udahlah tu... Bersaralah', yang dikatakan ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lepas.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika dihubungi enggan mengulas lanjut sebaliknya memaklumkan satu sidang akhbar akan diadakan esok. -BERNAMA

Artikel Lain