suria

12 Pegawai Kanan Polis Naik Pangkat

KUALA LUMPUR: Seramai 12 orang pegawai kanan polis naik pangkat berkuatkuasa pada Rabu.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bukit Aman di sini kenaikan pangkat serta pertukaran jawatan itu diluluskan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia (SPP).

Proses itu menyaksikan jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur kini dipegang oleh DCP Datuk Mohmad Salleh yang sebelum ini Pesuruhjaya Polis Sarawak dan jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak pula disandang oleh DCP Datuk Mortadza Nazarene yang sebelum ini Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Ketua Polis Kelantan SAC Datuk Abd Rahim Hanafi pula menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) dengan memangku pangkat DCP.

Ketua Polis Perlis SAC Datuk Tajudin Md Isa pula bertukar ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah I, JSJK Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, SAC Huzir Mohamed juga bertukar ke Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah (D9) Siasatan Khas JSJ Bukit Aman.

Timbalan Komander UUP (Operasi) Unit Udara Polis Jabatan KDN/KA Bukit Aman ACP Kamarulzaman Md Jan pula dinaikkan pangkat ke jawatan Komander Unit Udara Polis Jabatan KDN/KA Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan/Operasi IPK Perak ACP Zulkifli Hassan pula akan menjawat jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sarawak dengan memangku pangkat SAC.

Jawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman pula disandang oleh ACP Hasanuddin Hassan dengan memangku pangkat SAC.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Pengurusan IPK Kedah.

Timbalan Ketua Polis Perlis ACP Zull Aznam Haron pula dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Perlis dengan memangku pangkat SAC. ACP Nor Azizan Anan yang sebelum ini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah (D9) Siasatan Khas, JSJ Bukit Aman pula akan ditukarkan sebagai Ketua Bahagian (D10) Kepolisan Am, Makmal Forensik PDRM, JSJ Bukit Aman.

Jawatan Timbalan Ketua JSJ Risikan/Operasi IPK Perak pula akan diisi oleh ACP Fadzil Ahmat yang sebelum ini merupakan Ketua Bahagian (D10) Kepolisan Am, Makmal Forensik PDRM, JSJ Bukit Aman.

Supt S.Sathiya Seelan pula akan bertukar menjadi Timbalan Komander (Operasi) Unit Udara Polis Jabatan KDN/KA Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP. Beliau sebelum ini adalah Pegawai Turus Gerakan/Risikan Unit Udara Polis Jabatan KDN/KA Bukit Aman. -BERNAMA

Artikel Lain