PETALING JAYA: Mahkamah Majistret pada Khamis mengeluarkan perintah melarang 11 pemimpin dan penyokong Pergerakan Pemuda Umno hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam Perhimpunan Patriotik yang dijadualkan pada Sabtu ini antara pukul 8 pagi hingga 6 petang.Majistret Mohd. Azali Ibrahim yang mengeluarkan perintah berkenaan berkata, perhimpunan akan diadakan di Masjid Jamek, Jalan TunPerak, Dataran Merdeka, Maju Junction, Masjid Jamek Kampung Baru, Masjid Negara, Pasar Seni, Dataran DBKL, perkarangan Sogo dan Istana Negara sebelum menyerahkan memorandum di Istana Negara. Sehubungan itu, mereka dilarang berada di kawasan-kawasan iaitu sepanjang Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan persekitaran Masjid Negara, persekitaran Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, perkarangan Sogo, Maju Junction dan Masjid Jamek Kampung Baru.Selain itu, sepanjang Jalan Kinabalu, lebuhraya Mahameru, Jalan Tun Ismail, Jalan Tun Razak, Jalan Pahang, Jalan Raja Muda Abd. Aziz, Jalan Datuk Abdul Malik, Jalan Raja Uda, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mohamed dan kawasan yang terkandung di dalamnya. Mereka yang dilarang ialah:1. Khairy Jamaluddin – Ketua2. Datuk Megat Firdouz Megat Junid3. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican4. Megat Zulkarnain Omardin5. Rizalman Mokhtar6. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin7. Lokman Noor Adam8. Datuk Abdul Azeez Rahim9. Ungku Saleh Ungku Jamal10. Arman Azha Abu Hanifa11. Tun Faisal Ismail Aziz