suria

Anwar Tidak Cedera Serius

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimasukkan ke Hospital Pantai pada Sabtu disahkan berada dalam keadaan sihat tanpa mengalami kecederaan serius.

Menurut anaknya Nurul Nuha, perkara itu disahkan doktor selepas ketua pembangkang itu menjalani ujian pengimbas tomografi berkomputer (CT scan) dan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).

"Bagaimanapun, doktor memerlukan enam jam lagi untuk memantau keadaannya," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini.

Anwar dikatakan cedera semasa polis cuba meleraikan perhimpunan haram di KL Sentral yang dihadiri beliau pada Sabtu bersama pengerusi penganjur Datuk S. Ambiga dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ambiga dan Abdul Hadi ditahan polis tetapi dibebaskan kemudian. -BERNAMA

Artikel Lain