suria

Bekas CEO PUNB DiLantik Presiden MIA

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) Datuk Mohd Nasir Ahmad dipilih sebagai Presiden Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Majlis MIA berkata Mohd Nasir mengambil alih jawatan daripada Abdul Rahim Abdul Hamid.

Ia berkata Abdul Rahim yang bersara sebagai anggota Majlis MIA pada 15 Julai, baru-baru ini dilantik ke majlis MIA dan dipilih sebagai Naib Presiden institut itu.

"Datuk Mohd Nasir dan Abdul Rahim akan berkhidmat sebagai Presiden dan Naib Presiden selama dua tahun berkuat kuasa 8 Ogos," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain