suria

19 Mangsa Banjir Di Perlis Dipindahkan

KANGAR: Sebanyak lima keluarga di sini dipindahkan ke pusat pemindahan malam tadi selepas kediaman mereka mula dinaiki air.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis Abdullah Ali berkata mereka merangkumi 19 mangsa dan dipindahkan kira-kira pukul 11.30 malam.

Mereka membabitkan empat keluarga dari Kampung Bakau dan sebuah dari Kampung Repoh, katanya kepada Bernama, di sini Rabu.

Abdullah berkata bilik gerakan JKM dibuka sejak pukul 9 malam tadi dan beroperasi 24 jam.

JKM sedang memantau keadaan di kawasan rendah berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lepas, dan setakat ini JKM belum menerima laporan banjir di kawasan lain, katanya.

Bernama difahamkan buat masa ini kerajaan negeri belum membuka bilik gerakan banjir. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain