BESUT: Seorang warga emas maut setelah motosikal yang diboncengnya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dari belakang di persimpangan Bukit Kenak dekat sini kira-kira pukul 12.20 tengah hari, Khamis.Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mangsa yang dikenali sebagai Minah Che Nik, 69, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian badan dan kepala. Katanya warga emas itu yang membonceng motosikal ditunggangi anaknya yang hanya dikenali sebagai Mohamad Norizan, 23, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pak Wong, di sini.Menurutnya kemalangan berlaku apabila Mohamad Norizan secara tiba-tiba membelok ke kanan jalan menyebabkan kenderaan pacuan empat roda yang dipandu pemuda berumur 22 tahun di belakangnya tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal dua beranak itu.Mohamad Norizan yang cedara parah di bahagian kepala dikejarkan oleh penduduk ke Hospital Daerah Besut untuk rawatan sebelum dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu hanya cedera ringan. - BERNAMA