suria

Wanita Zambia Diperintah Bela Diri Edar Dadah

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan seorang wanita warga Zambia membela diri terhadap pertuduhan mengedar 770.2 gram methamphetamine tahun lepas.

Hakim Amin Firdaus Abdullah membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mailesi Phiri, 34, seorang pemilik salon di Zambia didakwa melakukan kesalahan itu pada 8 Disember, 2010 di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Phiri diwakili peguam S. Yagoo manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kastam Diraja Malaysia Nur Sarah Dina Baharudin. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan