PETALING JAYA: Akaun Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) diaudit oleh Jabatan Audit Negara, titah Sultan Sharafuddin Idirs Shah.Baginda bertitah, kedua-dua akaun tersebut telah menerima sijil daripada Ketua Audit Negara. Akaun tersebut juga akan terus diaudit untuk masa akan datang, titah Baginda semasa merasamikan Wisma Audit Negeri Selangor pada Khamis.Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah demikian semasa mengulas dakwaan pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Abdul Aziz Bari yang mendakwa akaun-akaun itu tidak diaudit.“Beta berharap Abdul Aziz akan memastikan faktanya tepat sebelum membuat sebarang komen yang mengelirukan berhubung intergriti MAIS dan LZS,” titah Baginda.