suria

14 Warga Asing Ditahan

SEREMBAN: Seramai 14 wanita warga China ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sebuah premis hiburan di Taman AST, di sini malam Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, wanita-wanita tersebut yang berusia antara 19 hingga 57 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk menyalahgunakan pas lawatan ke negara ini.

"Semasa kita mulakan serbuan, pihak polis mendapati kesemua mereka cuba melarikan diri melalui lubang tikus yang disediakan oleh pengusaha premis.

"Berdasarkan pemeriksaan yang kita lakukan 11 dari warga China itu menggunakan pas lawatan pelajar di Kuala Lumpur, dua dari mereka menggunakan pas lawatan bekerja di Selangor dan Johor dan seorang lagi mempunyai permit perkahwinan," katanya di sini Rabu.

Katanya, dalam serbuan tersebut juga pihak polis menahan 10 pelanggan berusia 20 hingga 50 tahun dan seorang lelaki berusia 37 tahun yang dipercayai penjaga premis itu untuk disoal siasat.

Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban untuk disoal siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditahan Serang Doktor

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan