suria

Warga Kemboja & Nigeria Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM1 Juta Di KLIA

SEPANG: Seorang warga Kemboja dan seorang rakyat Nigeria telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Rabu lalu setelah pihak berkuasa menemui dadah seberat 4.15kg bernilai RM1.037 juta bersama mereka.

Pengarah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja KLIA, Datuk M. Govinden berkata, kedua-duanya ditahan oleh para pegawainya ketika pemeriksaan dilakukan ke atas bagasi mereka.

Dadah jenis methamphetamine itu ditemui di dalam satu ruang 'rahsia' di dalam bagasi berkenaan.

"Ini adalah tangkapan pertama ke atas warga Kemboja kerana memiliki dadah di KLIA," kata Govinden.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain