suria

Ambiga Beri Amaran Kemungkinan Bersih 3.0

KUALA LUMPUR: Datuk S. Ambiga memberi amaran kepada kerajaan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan himpunan Bersih 3.0 akan diadakan sekiranya penambahbaikan sistem pilihan raya gagal dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu bagaimanapun berkata, himpunan bersar-besaran itu hanya akan diadakan sekiranya proses rundingan menemui jalan buntu.

"Kami sudah cuba semua perkara. Malah kami masih berusaha dan percaya kepada proses rundingan.

"Malah kami juga percaya PSC (Jawatankuasa Khas Parlimen bagi menambah baik sistem pilihan raya) akan buat perubahan dengan mengeluarkan cadangan.

"Tapi kalau mereka (kerajaan) tak penuhi (cadangan PSC) sebelum pilihan raya akan datang, do not rule out Bersih 3.o," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) di sini, Selasa.

Tegas Ambiga yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, kerajaan akan disifatkan sebagai tidak menghormati rakyat dan Parlimen sekiranya tidak melaksanakan cadangan yang dikemukakan PSC.

Artikel Sebelum

Artikel Lain