PETALING JAYA: Akhbar The Star memohon maaf kepada pembaca beragama Islam kerana menyiarkan gambar penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang mendedahkan bahagian atas dadanya, yang tertera tatu perkataan "Allah".Gambar tersebut disiarkan secara tidak sengaja dalam Star2 pada Isnin. "Kami secara ikhlas memohon maaf kepada pembaca beragama Islam kerana terlepas pandang," katanya dalam portal online akhbar itu.