suria

Banjir Di Changlun Pulih Sepenuhnya

ALOR SETAR: Pusat pemindahan mangsa banjir yang terakhir di Changlun iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Kubang Betung ditutup setelah dua keluarga seramai enam orang mangsa dibenarkan pulang tengah hari tadi.

Menurut Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu Mohd Shabbri Othman, banjir yang melanda kampung tersebut sejak tengah hari semalam pulih sepenuhnya.

"Penduduk Changlun kembali menjalankan urusan harian mereka seperti biasa hari ini setelah banjir melanda 12 buah kampung sejak awal pagi semalam," katanya kepada Bernama. -BERNAMA

Artikel Lain