suria

Warga Indonesia Dihukum Enam Bulan Penjara Curi Telefon Bimbit

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri telefon bimbit bernilai RM800 milik seorang pelajar, seorang warga Indonesia dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu ke atas Jony selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 Mac.

Jony, 32, seorang penganggur, dituduh mencuri telefon bimbit milik Chow Seng Chuen, 19, dalam tren komuter di Stesen Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan, Cheras pada 2.30 petang 25 Mac lepas.

Jony dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor E.Chandra manakala tertuduh tidak diwakil peguam. - BERNAMA

Artikel Lain