suria

Wartawan, Jurugambar Berpakaian Hitam Tanda Kesepakatan

PETALING JAYA: Beratus-ratus wartawan dan jurugambar pergi ke pejabat dan menghadiri sidang akhbar sepakat berpakaian hitam sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Khamis.

Langkah luar biasa ini dimulakan ekoran keganasan terhadap pemberita pada perhimpunan Bersih 3.0, Sabtu lalu.

"Saya pakai hitam sebagai tanda perpaduan, bukan hanya untuk Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, tetapi juga untuk apa yang berlaku di perhimpunan tersebut, di mana ramai pemberita dikasari dan ditakut-takutkan oleh pihak polis," kata Austin Camoens, seorang wartawan di The Star .

"Kami juga menjalankan tugas," katanya, sambil menambah bahawa dia berharap pihak polis akan lebih faham tugas pemberita, terutamanya terhadap mereka yang bertugas dan terdedah dengan tugasan berbahaya.

Vincent Boon, seorang wartawan dari sebuah akhbar harian berbahasa Cina, memakai hitam dengan sekumpulan rakan-rakan wartawan walaupun dia bercuti.

"Kami tidak pernah melakukannya (memakai hitam pada Hari Kebebasan Akhbar Sedunia) sebelum ini, tetapi selepas 28 April, kami merasakan seperti kita perlu menyuarakan kebimbangan kita," kata Boon.

"Jika kita tidak melakukan sesuatu, tidak akan ada tekanan ke atas pihak berkuasa," tambahnya.

Bekas wartawan, Aryaduray Asohan, pada laman tweeternya @Asohan berkata, "Hari ini #WorldPressFreedomDay dan saya berpakaian hitam."

Terdahulu, beberapa akhbar Cina telah mencetak muka surat hadapan dengan warna hitam tanda protes secara senyap.

Editor-editor akhbar berkata mereka memutuskan untuk berbuat demikian untuk mengingatkan pembaca dan pihak berkuasa tentang perjuangan yang dihadapi pemberita semasa menjalankan tugas, terutama semasa perhimpunan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain