BANGI: Pendekatan 3K yang diamalkan Barisan Nasional (BN) sejak 55 tahun adalah bukti kerajaan akan terus menunaikan janjinya kepada negara dan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Najib berkata, 3K yang dimaksudkan adalah Keamanan dan Keselamatan, Kestabilan dan Keharmonian serta Kemakmuran dan Kemajuan. Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, pendekatan itu sejajar dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang bertemakan 'Janji Ditepati'."Janji ditepati bukan hanya perkara sehari atau dua hari saja tetapi ia telah dilaksanakan BN sepanjang tempoh 55 tahun."Slogan Janji Ditepati bukan perkataan semata-mata."Tiada keperluan mempolitikkannya tetapi untuk kami membantu rakyat," katanya ketika berucap pada jelajah BN di Bandar Baru Bangi.Katanya, pendekatan itu berbeza dengan Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor di mana mereka gagal menunaikan janji kepada rakyat."Mereka (pembangkang) membuat pelbagai janji sebelum pilihan raya 2008 untuk memenangi hati dan mempengaruhi pemikiran rakyat tetapi mereka gagal menunaikannya," kata Najib.Terdahulu, Najib bertemu dengan penduduk dan menikmati sarapan pagi di Pasar Seksyen 1 Bandar Baru Bangi.