suria

38 Orang Keracunan Makanan Di Port Dickson

PORT DICKSON: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengarahkan sebuah gerai bazar Ramadan di Pasir Panjang dekat sini supaya ditutup selama dua minggu mulai Jumaat ekoran kejadian 38 orang mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan malam Khamis.

Pengarahnya Datuk Dr Zailan Adnan berkata bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap gerai bazar Ramadan berkenaan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

"Ia melibatkan 33 pelajar perempuan sebuah kolej, seorang kakitangan kolej dan empat orang awam termasuk dua kanak-kanak.

"Dua belas daripada mereka dimasukkan ke Hospital Port Dickson manakala selebihnya mendapat rawatan sebagai pesakit luar hospital yang sama. Ini adalah kes pertama yang berlaku melibatkan bazar Ramadan di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Katanya kesemua mereka mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan ketika berbuka puasa di gerai berkenaan petang Khamis.- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain